Beri & KiwiBeri biru kecil yang manis masam ini antara buah paling senang dimakan begitu sahaja, bilas sikit terus boleh cedok. Perhatikan lapisan lilin nipis keputihan pada kulitnya, itu bloom semula jadi dan tanda beri masih segar, bukan kecacatan. Rasanya seimbang antara manis dan masam, jadi ia serasi dengan yogurt, oat pagi, pancake, atau dibancuh dalam smoothie. Anak kecil pun suka kerana saiznya muat terus dalam mulut. Ambil 1 pek 125 gram kalau sekadar nak snek beberapa hari. Pek 3 dan 5 lebih berbaloi kalau anda memang guna setiap pagi atau suka membakar di rumah. Simpan dalam peti sejuk dan basuh ikut keperluan sahaja.
Belum ada ulasan