CeriDiukur pada 28mm ke atas garis pusat, inilah saiz jumbo yang jarang jumpa di pasaran. Sebiji boleh memenuhi hujung jari anda, dan gigitannya terasa jauh lebih berisi berbanding ceri saiz biasa. Dari Turki, ceri sebegini gelap hampir keunguan dengan isi padat dan manis pekat. Sebab saiznya yang menonjol, ia paling sesuai untuk pinggan hidangan majlis, dulang buah kenduri, atau hantaran yang nak nampak mewah tanpa banyak susunan. Mula dengan pek 250 gram berserta 250 gram percuma kalau nak uji saiz ini dulu. Pek 1kg dan 2kg untuk kegunaan rumah, manakala pek 2kg berserta 2kg percuma dan pek 5kg untuk majlis atau bekalan besar. Simpan sejuk, basuh bila nak makan sahaja.
Belum ada ulasan