KismisWarnanya keemasan cerah, bukan hitam, dan itulah yang paling membezakannya. Teksturnya lebih lembut manakala rasanya manis dengan sedikit sentuhan masam yang lebih ringan berbanding kismis hitam. Sebab rasanya tidak terlalu berat, ia sesuai dicampur dalam salad, roti, biskut, kuih raya, atau ditabur atas oat dan sereal pagi. Warnanya juga cantik bila digunakan sebagai hiasan pada hidangan berwarna cerah. Pek 100 gram cukup untuk mencuba atau sekali guna dalam resipi. Pek 500 gram sesuai untuk dapur yang aktif, dan 1kg untuk anda yang kerap membuat kuih. Simpan dalam bekas tertutup rapat di tempat sejuk dan kering supaya ia kekal lembut.
Belum ada ulasan