Buah TempatanKultivar nanas gold yang mengubah tanggapan ramai orang tentang nanas. Isinya kuning keemasan, manis tinggi dengan asid yang rendah, jadi lidah tidak mudah menggatal seperti bila makan nanas biasa. Teksturnya padat tetapi tetap berair. Sesuai dipotong bulat sebagai pencuci mulut, dikisar jadi jus segar, dicampur dalam salad, atau dibakar sebentar sebagai teman ayam dan daging panggang. Manisnya cukup untuk dimakan terus tanpa perlu ditabur garam. Dijual sebiji pada harga RM11.90, saiz yang munasabah untuk satu keluarga habiskan dalam satu hidangan. Simpan di suhu bilik sebelum dipotong, dan masukkan ke dalam bekas bertutup di peti sejuk selepas dikupas.
Belum ada ulasan