KacangKalau anda cari kacang yang lebih lembut di gigi, gajus panggang inilah jawapannya. Teksturnya berkrim dan rasanya manis semula jadi, tidak sekeras badam, jadi senang dimakan orang tua dan kanak-kanak. Sesuai dihidang bila tetamu datang, masa majlis kecil, atau sekadar diletak dalam balang atas meja ruang tamu. Ramai juga campurkan dalam nasi goreng, kari atau tumisan untuk tambah isi dan gigitan. Ambil pek 100g untuk rasa dahulu, 500g untuk simpanan rumah, dan 1kg kalau anda kerap sediakan buah tangan atau isi balang musim perayaan. Tutup rapat selepas dibuka dan letak di tempat kering supaya ia tidak melempem. Harga RM15 sepek.
Belum ada ulasan