Buah ImportUbi keledek dari Vietnam ini biasanya berisi ungu atau oren, dengan manis semula jadi yang keluar sepenuhnya selepas dimasak. Teksturnya padat dan lembut, jenis ubi serba guna untuk dapur harian. Kukus, rebus, bakar dalam oven atau masuk air fryer sehingga empuk. Sedap dimakan begitu sahaja sebagai pengganti nasi waktu malam, dilenyek jadi bubur untuk anak kecil, dijadikan kuih, atau dipotong wedges untuk snek petang. Isi ungunya juga memberi warna cantik untuk bebola ubi dan kek. Dijual ikut kilogram pada RM10.90 โ 1kg untuk masak sekali dua, 2kg kalau anda memang makan ubi setiap minggu. Simpan di tempat kering, gelap dan berudara; ubi mentah tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk.
Belum ada ulasan