Buah ImportUbi keledek dari Cilembu, Jawa Barat, memang lain daripada ubi biasa. Bila dibakar perlahan, gulanya cair keluar menjadi cecair pekat seperti madu di hujung ubi โ itulah sebabnya ia digelar ubi madu. Isinya lembut, manis berkaramel, dan hampir tak perlu apa-apa tambahan. Cara terbaik memang dibakar dalam oven atau air fryer, bukan direbus, kerana rebusan tidak mengeluarkan karamel yang sama. Sesuai jadi snek petang bersama kopi, sarapan yang mengenyangkan, atau juadah berbuka. Setiap pek 500 gram, berharga RM9.90. Simpan di tempat kering dan berudara, jauh dari cahaya matahari terus, dan elakkan peti sejuk semasa ia masih mentah.
Belum ada ulasan