Kurma AjwaInilah pilihan tertinggi dalam susunan gred Ajwa. Biji disaring pada saiz paling besar dan bentuk paling seragam, memberi penampilan menyerlah dengan isi tebal serta tekstur lembut yang menjadi kegemaran peminat kurma Madinah. Oleh sebab rupa dan saiznya, gred VIP paling kerap dibeli sebagai hadiah, bingkisan raya, atau hidangan untuk tetamu istimewa dan majlis rasmi. Kalau anda mahu sesuatu yang nampak berkelas tanpa perlu bungkusan tambahan, gred inilah jawapannya. Pek 100g sesuai untuk merasa, 500g cantik sebagai buah tangan, dan 1kg ke atas hingga karton untuk anda yang memang setia dengan Ajwa bersaiz besar. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat sejuk dan gelap.
Belum ada ulasan