KismisDihasilkan daripada anggur Sultana tanpa biji, kismis ini bersaiz lebih kecil, berwarna keemasan dan rasanya manis lembut tanpa rasa pekat yang berat. Kerana halus dan tidak berbiji, ia mudah bercampur rata dalam doh roti, kek, bubur, nasi tomato dan kuih tradisional tanpa mengganggu tekstur. Anak kecil dan orang tua pun senang makan. Inilah kismis paling tinggi harganya dalam senarai kami, RM17, dan hanya ditawarkan dalam pek 500 gram serta 1kg. Pek 500 gram sesuai untuk dapur rumah, manakala 1kg untuk anda yang membakar kerap atau berniaga. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat sejuk dan kering supaya ia tidak mengeras.
Belum ada ulasan