Kurma Muda & SegarPilihan separuh kering daripada kurma Libya segar. Berbanding gred Sweet yang lebih lembap dan manis pekat, gred Semi Dry ini sudah kehilangan sebahagian air, jadi teksturnya lebih pejal, lebih mudah dipegang dan rasa manisnya lebih sederhana. Kerana kandungan lembapannya lebih rendah, ia lebih senang dikendalikan dan tidak selecek kurma segar penuh โ pilihan bagus kalau anda mahu merasa kurma Libya buat kali pertama, atau mahu kuantiti yang lebih berpatutan untuk dikongsi ramai. Ambil pek 1kg untuk kegunaan rumah, 2kg dan 5kg untuk majlis atau agihan. Simpan dalam bekas tertutup di tempat sejuk, dan masukkan ke peti sejuk bila cuaca panas supaya teksturnya kekal stabil.
Belum ada ulasan