SerundingIsi ayam disuwir halus, dimasak perlahan bersama rempah dan kelapa sehingga kering dan gebu. Rasanya lebih ringan dan wangi berbanding versi daging, jadi anak-anak pun selalunya boleh terima. Cara paling klasik ialah dimakan bersama ketupat, lemang atau nasi impit masa raya. Hari biasa pula ia sedap dengan nasi panas, disapu dalam roti, atau dijadikan inti sandwic dan wrap untuk bekal sekolah. Oleh sebab ia kering, serunding tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup masukkan dalam bekas tertutup rapat dan letak di tempat kering, elak terkena air atau sudu basah. Pek 200g sesuai untuk cuba, 400g untuk keluarga kecil, manakala 800g dan 1kg lebih berbaloi masa musim perayaan. Harga RM27 sepek.
Belum ada ulasan