Kurma Lain-lainAntara kurma Madinah yang paling mudah dikenali dari rupanya โ bentuknya panjang, langsing dan berkedut rapat sepanjang kulit. Teksturnya pula berbeza daripada kurma lembut biasa: lebih kenyal dan sedikit liat, memberi pengalaman mengunyah yang lebih lama dengan manis yang perlahan-lahan keluar. Kerana teksturnya itu, Mabroom sering jadi kegemaran mereka yang bosan dengan kurma yang terlalu lembik. Sedap dimakan begitu sahaja bersama kopi pahit, atau dihidang kepada tetamu yang gemar mencuba jenis kurma berbeza. Pek 500g sesuai untuk kegunaan rumah, 1kg untuk peminat setia, dan 5kg atau karton untuk majlis serta jualan semula. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat sejuk dan gelap.
Belum ada ulasan