Kurma SafawiBerasal dari Madinah, Safawi dikenali dengan bentuk hitam memanjang, kulit berkilat dan isi lembut dengan manis yang sederhana serta sedikit rasa karamel. Ia antara kurma paling mudah diterima ramai kerana tidak terlalu memberat di tekak. Gred Medium ialah saiz asas โ cukup untuk sekali suap dan paling menjimatkan dalam keluarga Safawi. Sesuai untuk makan harian, hidangan pantas waktu petang, atau simpanan tetap di dapur dan pejabat. Pek 100g bagus untuk mencuba dahulu, 300g dan 500g untuk kegunaan mingguan, manakala 1kg hingga 5kg lebih berbaloi bila anda beli untuk keluarga besar atau kegunaan surau. Simpan dalam bekas kedap udara supaya isinya kekal lembap.
Belum ada ulasan